Takut-Takut Dijiilat Sy4itan, Buang Saja Tuala Wanita Tanpa Dibasuh Dulu
Apabila datang h4id, sesetengah wanita cenderung untuk mencuci pad yang telah digunakan sebelum dibuang. Perbuatan ini terus menjadi benda biasa dan seolah-olah ‘diwajibkan’ dek kerana pemikiran masyarakat yang masih terikat dengan kepercayaan mengarut kononnya kotoran terbabit akan menarik perhatian mahkluk halus seperti jiin sekiranya dilupuskan begitu sahaja.
Takut ada benda selongkar tong sampah malam-malam
Seorang pengguna Twitter bernama Azrina turut berkongsi pengalamannya mengenai hal ini. Sewaktu menetap di sekolah berasrama, dia sendiri turut mengadakan sesi khas bagi memberi penjelasan berhubung isu ini kepada junior. Hal ini kerana disebabkan oleh rasa bimbang apabila sering disogok dengan kepercayaan karut tentang cara pengurusan tuala wanita.
Kalau kat rumah sendiri terpulanglah..
Kongsi Azrina, ada baiknya jika tuala tersebut terus dibuang di tempat khas seperti yang sering diamalkan di pusat-pusat perubatan. Selain itu, wanita ini menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan bagi sekali gus tak menimbulkan ketidak selesaan terhadap orang lain.
Tak perlu basuh, hanya balut & terus buang..
Terpanggil berhubung hal tersebut, halaman Facebook Public Health Malaysia (PHM) juga mendedahkan bahawa tuala wanita atau sanitary pad yang telah dic3mari sebaiknya dibuang tanpa perlu sebarang proses membasuh terlebih dahulu. Tindakan ini dapat membantu mencengah penyebaran b4kteria dan bau yang kurang menyenangkan.
Sumber : Facebook Public Health Malaysia, Twitter azrinaeno




