BenciiSangat Ker Pada Malaysia, Boleh Pula Dua Tahun Pasang Bendera Terbalik, Wanita Ini Sudah Ditahan Pihak Berkuasa
Negara Malaysia kini sudah menghampiri 63 tahun untuk menyambut hari kemerdekaan, namun masih ada lagi rakyat kita yang tidak berasa sensitif dengan isu-isu yang melibatkan patriotisme.
Begitu juga laa dengan isu bendera yang di kibarkan terbalik, apabila baru-baru ini seorang wanita yang berusia 55 tahun telah ditahan selepas premis miliknya di Jalan Lee Ah Leng, Taman Nasib, Kluang telah memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik.
2 tahun pakai bendera terbalik
Menurut kenyataan dari Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay, tangkapan itu dibuat hasil daripada siasatan mendapati premis tersebut telah lama memasang bendera Malaysia secara terbalik.
Ia susulan daripada aduan yang dibuat oleh orang awam di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kluang Johor dan telah membawa kepada penahanan pemilik premis pada hari sama juga.
“Kita akan ambil tindakan, akta yang dikenakan ini lebih berat. Pasang bendera berhati-hati, tiada alasan tiada faham atau boleh terlupa”


Keterangan suspek ini sudah diambil dan akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (penggunaan tidak wajar) (pindaan) 2017.
Tindakan tegas akan dikenakan
Difahamkan Datuk Ayob Khan juga ada berkata, Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua keduanya sekali.

Apa pendapat anda.Jangan lupa SHARE dan komen yang baik-baik sahaja.
Sumber : Harian Metro/dekiwaketek
