Ustaz Mohd Fadli Yusof – Ikuti Kisah Suka Duka Pendakwah Ini Berdakwah Di Pedalaman Sabah. Sehingga Kini 1,060 dah diIslamkannya di Sabah
Utusan dakwah ke Pensiangan, berhujan di perahu. Sekarang memang musim hujan dan banjir, namun dakwah dan pendidikan untuk mualaf tetap diteruskan. Semasa musim banjir, air terlalu deras, banyak kayu balak hanyut.
Cabaran seperti ini perlukan pendakwah berani berhati waja. Mudah mudahan Allah permudahkan dan selamatkan perjalanan, serta menjadi asbab hidayah untuk mereka di sana. Amin. Sehingga ke hari ini sudah seramai 1, 060 orang telah diIslamkannya di Sabah.
Cabaran seperti ini perlukan pendakwah berani berhati waja. Mudah mudahan Allah permudahkan dan selamatkan perjalanan, serta menjadi asbab hidayah untuk mereka di sana. Amin. Sehingga ke hari ini sudah seramai 1, 060 orang telah diIslamkannya di Sabah.
Mari kita berkenalan dengan pendakwah hebat ini
Kisah permulaan dakwahnya di Sabah, 20 tahun yang lalu…1990
Dakwah di Pedalaman Sabah 1: Kemarau Berakhir
Awal Ustaz Mohd Fadli Yusof menjejak kaki berdakwah di pedalaman sabah, bagai orang menebang hutan belantara untuk buka kampung. Membuka laluan hati manusia agar kenal dan cintakan Allah dan Rasul. Ustaz Mohd Fadli Yusof bersama seorang sahabat, Ustaz Mohd Arabi Bin Abdullah menjelajah segenap pelusuk kawasan yang bernama Pensiangan, bermula dari pinggir Pekan Keningau, hinggalah ke sempadan Kalimantan Indonesia.
Selagi ada tempat yang ada manusia, beliau gagahi untuk sampai ke sana. Misinya hanya satu, menawan hati. Tawan hati untuk kenal dan cinta kepada Allah dan Rasul, bukan untuk diri sendiri. Beliau naik apa saja yang sempat, kadang-kadang naik van (dipanggil bas mini), motorbot atau lori balak, traktorpun beliau tumpang.
Pakaian beliau sewaktu itu, pakai cara Rasulullah, berjubah dan serban. Mungkin pel1k dalam pandangan masyarakat setempat, tetapi yang pelik itulah yang mendapat perhatian, dengan barakah sunnah Rasulullah ﷺ inilah mereka menerima hidayah, memeluk dan mengamalkan Islam. Benar sabda Rasulullah ﷺ:
بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء
Maksudnya : Islam bermula dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)
Pernah sekali Ustaz Mohd Fadli Yusof hadir bersama Ustaz Arabi ke sebuah perkampungan dusun, Kampung Rampayan Baru, Sook. Dari sana dapat dilihat Gunung Trusmadi, gunung kedua tertinggi di Sabah. Sewaktu itu cuaca amat panas, kebakaran hutan sering berlaku. Khabarnya sudah dua bulan hujan tidak turun. Sebaik ketibaan beliau di sana, seorang nenek seolah-olah mer4cau-r4cau bercerita kepada orang kampung, sambil menunjuk-nunjuk tangannya ke arah Ustaz Mohd Fadli Yusof dan sahabatnya.
Pertolongan Allah tiba…
Beliau dan sahabatnya terus ke surau (yang dibina belasan tahun-tidak diguna sejak era pengIslaman beramai-ramai), dipenuhi naj1s kambing.Beliau dan sahabatnya, membersih sedaya upaya, mencari lapik tikar agar terhindar dari naj1s.
Pendek cerita, malam itu beliau dan sahabatnya , solat hajat serta berzikir di surau itu bersama orang-orang kampung. Dengan izin Allah, turunlah hujan mencurah-curah ketika mereka berzikir. Gamatlah orang-orang kampung bercakap dalam bahasa dusun beliau dan sahabatnya yang tidak fahami.
Ustaz Mohd Fadli Yusof bertanya kepada seorang anak kampung di situ, apa yang diriuhkan? Jawabnya, kamulah yang kami tunggu selama ini. Sejak kemarau panjang, hidup kami amat susah. Air sangat kurang, tanaman habis mat1.
Ternakan juga ada yang mat1…kebakaran sering berlaku di mana-mana. Haiwan-haiwan liar termasuk sering muncul di bawah rumah, kerana hutan telah terbakar…ketika itu..si nenek bermimpi…
Akan datang dua orang ke kampung ini, pakaiannya seperti kamu…Bila tiba sahaja dua orang itu, maka kemarau ini akan berakhir. Sejak itu kami menunggu hari demi hari. Sebab itu kamu lihat kami amat teruja sewaktu kamu tiba ke sini, walaupun kamu tidak kami kenali dan pakaian kamu pelik. Tetapi kami perlukan orang yang berpakaian begini…
Ya Allah..begitu besar hikmah pakaian sunnah ini, barakah mengamalkannya telah mengIslamkan satu kampung, kira-kira seratus orang, yang sebelum ini Islam hanya mengucap syahadah sahaja, kini telah beramal, malah ada yang telah jadi pendakwah pula di kalangan mereka. Allahuakbar!! Kisah lanjut hebat dakwahnya boleh di baca di pautan Sejarah Dakwah Ustaz Mohd Fadli Yusof
Sumber:khabarberita
