Lana Nordin Selar Netizen Yang Kecam Dirinya Kerana Desak Ketua Pengarah Kesihatan Letak Jawatan
Namun Lana berpendapat dia mempunyai hak untuk membuat teguran dan memberi pandangannya lebih-lebih lagi apa yang dilihatnya pada vide0 viral jelas menunjukkan petugas barisan hadapan melakukan kesalahan.
“Hanya kerana memuat naik vide0 itu, saya dikecam teruk. Kenapa? Adakah apa yang dipaparkan dalam vide0 itu betul? Lagi pun vide0 itu dirakam 0leh petugas barisan hadapan sendiri dan disebarkan sehingga tular. Bukan saya se0rang saja yang k0ngsikan, ada ramai lagi. Semua bercakap perkara sama.
“Secara jelas, orang lain dalam video itu lengkap pakai PPE. Kenapa ada seorang tak pakai? Kebal sangat ka? SOP membabitkan jenazah Covid-19 sudah jelas. Ahli keluarga tidak dibenarkan memngurus dan berjumpa. Tapi, pelik ada yang boleh langgar SOP. Terlupa, sengaja atau penat itu bukan alasan sedangkan orang lain boleh pakai.
‘Seperkara lagi, saya juga rakyat Malaysia dan diberi hak kebebasan untuk bersuara. Kenapa perlu halang saya untuk menegur perkara ini? Ia juga tanggungjawab saya. Kalau orang lain tak nak bersuara, tidak mengapa. Biarkan. Tapi saya tak boleh. Kalau orang awam serba serbi salah, tapi golongan tertentu kenapa tak boleh pula kena tegur?
“Ramai mesej marah-marah dan lontarkan kata-kata kesat. Tapi semua gunakan akaun palsu. Kenapa tak gunakan wajah dan nama sebenar? Takut? Setakat berselindung di sebalik akaun palsu jangan nak temberang.
“Ada juga siap suruh saya balik negara suami di Amerika Syarikat. Saya nak tanya mereka, dia siapa suruh saya balik sana? Ini negara saya, tempat lahir saya dan saya warganegara Malaysia serta membayar cukai. Apa masalah mereka?
“Sepatutnya netizen kena fokus pada isu yang dibincangkan, bukan alih topik lain dengan buat serangan hal peribadi. Tidak ada kena mengena langsung.
“Saya tegur bukan saja-saja, malah saya percaya ada ramai lagi rakyat Malaysia yang memuat naik status sama mahukan dia letak jawatan ekoran kes positif Covid-19 yang semakin tinggi. Cuma disebabkan saya artis, hantaran saya diperbesarkan netizen. Seolah-solah saya paling bersalah.
“Kalau berasa tak suka dengan saya, sila unfollow. Jangan semakan kepala otak anda untuk menghentam saya semata-mata tidak bersetuju dengan pendapat saya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
