Datuk Seri Vida Terima Kecaman Netizen, Label Orang Kibar Bendera Putih Sebagai "Pemalas"


Terbaharu, Datuk Seri Vida telah memuat naik video di TikTok dimana menunjukkan beliau singgah membeli di sebuah gerai anak muda di kawasan perumahan. Menerusi video tersebut, beliau turut menjawab pertanyaan pengikutnya yang memohon bantuan makanan


Menurutnya, seharusnya mereka yang terjejas diluar sana berusaha keras daripada bergantung dengan bantuan bendera putih dan bukannya menjadikan pendapatan terjejas disebabkan PKP sebagai alasan. Beliau turut memuji usaha anak muda yang berniaga dalam videonya itu.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata netizen berasa kurang senang dengan pendapatnya itu. Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan jika tidak mahu membantu tidak perlu memperlekehkan mereka yang susah.

Malah, para netizen turut mengatakan mungkin kempen bendera putih adalah pilihan terakhir mereka yang susah. Sedangkan makanan pun tiada, mana mereka nak ada modal untuk berniaga.

Sumber: Tiktok/Vocket