“Entah Dia Dah Makan Ke Belum”. Gambar Ayah Sarung Kostum Arnab Duduk Tepi Jambatan Sambil Tenung Anak Makan Jadi Viral
“Entah Dia Dah Makan Ke Belum”. Gambar Ayah Sarung Kostum Arnab Duduk Tepi Jambatan Sambil Tenung Anak Makan Jadi Viral
Seorang ayah pasti akan melakukan yang terbaik buat anaknya, biarpun terpaksa berpenat lelah dan berhujan panas demi sesuap rezeki. Baru-baru ini, sekeping gambar yang menyentuh perasaan tular di media sosial negara jiran. Dalam foto berkenaan, seorang individu berkostum arnab duduk bersandar di sisi seorang kanak-kanak lelaki yang didakwa sedang menikmati makanan.
Menurut sumber, susuk di dalam kostum tersebut merupakan ayah kepada kanak-kanak berkenaan, sekaligus membuatkan orang ramai pilu menyaksikan situasi itu. Kedua-dua mereka didakwa sering dilihat berhampiran sebuah kampus universiti di Jawa Barat Indonesia.
Jadi penghibur jalanan untuk duit harian
Menurut portal tersebut lagi, lelaki tersebut hanya memerhati sahaja anaknya yang leka menikmati makanan. Dia juga dikatakan mencari rezeki sebagai penghibur jalanan di daerah Gunadarma, Margonda, Depok, Selatan Jakarta. Oleh hal yang demikian, dapat kita pelajari disini bahawa kasih sayang sorang bapa terhadap anak memang tiada tolok bandingnya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi keselesaan dan kepentingan anak-anak serta keluarga.
“Lelaki dan kanak-kanak itu kerap ditemui di tepi kampus Gunadarma, Margonda, Depok. Tepatnya di jambatan ke arah stesen Pondok Cina,” lapor Makassar Terkini.
Sumber: Makassar Terkini

