(Video) “Saya boleh ajar kaedah hapuskan kilang har4m” – Noh Omar
“Kalau Kerajaan Selangor tidak tahu memerintah, jumpa saya dan saya ajar buat ‘pemutihan’ kilang har4m,” ujar Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar ketika mengulas masalah kilang har4m yang mencem4rkan Sungai Selangor sehingga membawa kepada ganggvan bekalan air membabitkan lima juta pengguna sejak dua hari lalu.
Noh berkata, beliau pernah membangkitkan isu kilang har4myang dibina di pinggir sungai di negeri ini sejak 2016.
“Waktu saya bangkitkan isu itu, Menteri Besar ketika itu adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau memberi jaminan Kerajaan Negeri akan ambil tind4kan tegas kepada kilang-kilang har4mdi tepi sungai.
“Persoalannya sekarang, di mana mereka (Kerajaan Negeri) yang sepatutnya membela rakyat yang sedang menderita kerana ketiadaan air?” katanya tadi.
Noh Omar bersama penduduk kampung mengadakan perhimpunan aman mengenai isu bekalan air di Kampung Bestari Jaya, hari ini. FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN
Terdahulu, Noh menyertai perhimpunan aman bagi meluahkan isu bekalan air di Kampung Bestari Jaya, Selangor.
Noh berkata, Kerajaan Selangor turut diingatkan tidak hanya merobohkan rumah penduduk di tepi rizab sungai semata-mata, sebaliknya kilang har4m juga sewajarnya dirobohkan serta-merta.
“Mereka perlu jelaskan kepada rakyat mengapa rumah tepi parit misalnya di Paya Jaras, Sungai Buloh dirobohkan, tetapi kilang tetap berdiri teguh?
“Jika rumah atau gerai peniaga, mereka cepat sahaja buat pemutihan dengan meruntuh dan merobohkan. Sepatutnya kilang har4m pun perlu buat tind4kan sama,” katanya.

Noh berkata, beliau turut menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari meletakkan jawatan susulan gagal mengambil tind4kan ke atas kilang-kilang har4m yang menjadi punca pencem4ran di Sungai Selangor.
Menurutnya, rakyat tidak mahu Amirudin sekadar membuat kenyataan media semata-mata sebaliknya diminta turun padang bagi menyelesaikan masalah yang melanda rakyat di negeri ini.
“Selangor adalah negeri maju dan masalah air adalah perkara yang sangat memalukan yang akhirnya rakyat sendiri menerima kesan,” katanya.
50 peratus bekalan air pulih tengah malam esok

Terdahulu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yakin 50 peratus akaun pengguna air di Selangor akan pulih menjelang tengah malam esok.
Menerusi kenyataan di Facebook rasminya, Amirudin berkata, hospital dan pusat dialisis antara yang menjadi keutamaan.
“Alhamdulillah, anggaran Air Selangor menjelang tengah malam esok, 50 peratus akaun di seluruh negeri akan pulih.
“Hospital dan pusat dialisis antara yang menjadi keutamaan saat ini, supaya dalam tempoh pemulihan ini kesan ganggvan air dapat diminimumkan,” katanya.
Amirudin berkata, beliau membincangkan langkah jangka panjang untuk penyelesaian ganggvan air bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan PDT Gombak.
“Selain daripada penyitaan oleh MPS serta tangkapan dilakukan PDRM, LUAS dengan kerjasama JAS akan turut meluaskan ‘tracking’ bauan ke Sungai Sembah.
“Ini bagi melengkapi usaha yang sudah dilakukan di 53 premis sekitar Sungai Gong bagi mendepani jangkaan masalah yang sama daripada berlaku di masa hadapan,” katanya.
Terkini!
Setakat jam 9 malam, saluran semula perkhidmatan air telah pulih sebanyak 32.15%. Daerah Kuala Selangor hampir pulih sepenuhnya diikuti Kuala Lumpur, Daerah Petaling dan Klang.
384,692 akaun telah pulih daripada jumlah 1,196,457 akaun secara keseluruhan.
Manakala 93 lori tangki dan 27 lori tangki jumbo telah digerakkan kepada kawasan yang belum menerima air. 14,162 botol air 5 liter telah diagihkan setakat ini.
Sumber: Harian Metro, Facebook
