“Dia Usaha Habiskan 30 Juzuk…” – Rakan Dedah Sifat Khalif Naim, 3 Beradik Mangsa Lemas
Tempoh hari, tular diperkatakan mengenai kematian tiga beradik akibat lemas di Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong. Rata-rata rakyat Malaysia juga sayu mengenangkan bagaimana pihak keluarga menerima pemergian ini.
Turut berduka, sahabat baik kepada salah seorang mangsa lemas tiga beradik iaitu arwah Khalif Naim Mohd, Muhammad Akram Adnan, telah menceritakan antara sikap dan momen terakhir arwah bersamanya.
Seorang sahabat yang baik
Menurut Akram, arwah disifatkan sebagai seorang sahabat yang baik, periang dan suka memberi nasihat berguna kepada rakan-rakan yang lain, tetapi pemalu bila berjumpa dengan orang yang tidak berapa dikenalinya.
INNALILLAHIWAINNAILAIAJI'UN .
3 brdik yg lmas d sg telemong sdh djumpai dn jasad mereka dlm keadaan smpurna . Mtk jase baik smua sdkhkan alfatihah kpd mrekaAllahuakbar bsr ujian mu . Alhamdulillah shbtku , KHALIF NAIM B MOHD khatam hafazan 30 juz alquran d sm imtiaz k.berang
14.5K people are talking about this
Periang tetapi pemalu dengan orang tak kenal
“Arwah memang seorang kawan yang baik dan suka bagi nasihat. Dia periang orangnya, dekat asrama tu dia la yang suka ceriakan semua orang. Tapi kalau dengan orang yang dia tak kenal, dia pemalu…”
Berusaha habiskan 30 juzuk tiap malam
Akram mendedahkan, beberapa hari sebelum cuti sekolah bermula, arwah Khalif Naim, bersungguh-sungguh mahu menghabiskan hafalan 30 juzuk Al-Quran hampir setiap malam.
“Alhamdulillah, sebelum cuti sekolah pada 10 Mac lalu arwah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran. Saya nampak setiap malam dia berusaha untuk habiskan. Allah permudahkan urusan dia…”
Tambahnya lagi, di asrama sudah menjadi rutin arwah menjadi individu yang terakhir akan meninggalkan surau dekat asrama tu. Dia akan mengambil tanggungjawab menutup suis lampu dan kipas.
Arwah ada tunjuk petanda, lepas tiada baru sedar
Apa yang lebih menyedihkan, selepas pemergian Khalif Naim, barulah Akram sedar, sejak 10 malam terakhir Ramadan arwah sudah tidak lagi menghubungi rakan-rakannya seperti kebiasaannya.
“Masa 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, arwah dah mula tidur awal untuk buat Qiamullail…”
“Sebelum ni arwah seorang yang suka tidur lewat. Dia akan ‘video call’ atau ‘voice call’ dengan kawan-kawan dulu. Dia dah bagi petanda cuma kami tak sedar…”
Terdahulu, mayat tiga beradik yang dilaporkan lemas iaitu, Allahyarham Umar Iskandar Mohd, 21; Khairul Firdaus Mohd, 17, dan Khalif Naim Mohd, 16, telah berjaya ditemui dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Nering Kampung Rawai semalam.


Allahuakbar bsr ujian mu . Alhamdulillah shbtku , KHALIF NAIM B MOHD khatam hafazan 30 juz alquran d sm imtiaz k.berang



